MADINAH: Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia musim haji 1445H/2024 tiba di Tanah Suci Madinah pada 9 Mei ini, menyaksikan pasukan petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata secara keseluruhan hampir 90 peratus persiapan telah dilakukan untuk memastikan Duyufurrahman (tetamu Allah) selesa dan kebajikan sentiasa terjaga sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Pasukan petugas TH telah melakukan persiapan rapi untuk menerima ketibaan jemaah dengan penerbangan pertama tiba di Madinah pada 9 Mei, pukul 3.50 pagi.
"Ini termasuk menyiapkan bangunan penginapan para jemaah yang kini tinggal hanya 10 peratus dengan pihak pengurusan hotel hanya membenarkan pengurusan TH masuk untuk membuat persiapan tiga hari sebelum jemaah haji tiba ini," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau berkata sebaik tiba di Madinah, jemaah akan dibawa terus ke hotel penginapan dengan menaiki bas.
Sepanjang berada enam hari lima malam di Madinah, Ashrof berkata masa para jemaah akan diisi dengan beberapa aktiviti seperti taklimat daripada TH, Ziarah Luar melibatkan kawasan bersejarah di sekitar Madinah dan ziarah dalam di Masjid Nabawi termasuk ziarah Raudah.
"Selain itu, jemaah haji juga akan diberikan taklimat ibadat umrah oleh pihak Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci TH sebelum mereka bergerak ke Makkah untuk memastikan mereka benar-benar bersedia dan cukup lengkap untuk beribadat pada 9 Zulhijah nanti.
Untuk musim haji tahun ini, seramai 600 petugas haji termasuk perubatan, kebajikan, dan teknologi maklumat ditugaskan oleh TH untuk memastikan kelancaran operasi haji serta kebajikan para jemaah haji.
Kumpulan pertama petugas iaitu seramai 16 orang mula berlepas pada 30 April lepas diikuti dengan tiga kumpulan besar iaitu pada 2 Mei lalu melibatkan 150 orang termasuk 14 pengamal media, diikuti kumpulan ketiga pada 6 Mei seramai 70 orang dan selebihnya pada 9 Mei.
Sementara itu, seramai 60 petugas TH termasuk petugas perubatan berlepas ke Makkah semalam bagi mengadakan persiapan untuk menyambut jemaah di Tanah Suci.
Sebanyak 100 penerbangan sewa khas akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia, yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines dengan penerbangan terakhir pada 9 Jun.
Lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri termasuk di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan pulang pertama dijadual pada 24 Jun dan terakhir pada 2 Julai 2024.
Pada masa yang sama, Ashrof turut berharap agar operasi haji pada tahun ini dikoordinasi dengan baik dan berjalan lancar.
Beliau juga menasihatkan para jemaah agar sentiasa mengikuti saranan TH sepanjang berada di Tanah Suci termasuk mendapatkan maklumat terkini menerusi kumpulan WhatsApp Ketua Zon dan pengurusan Maktab masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Secara keseluruhan hampir 90 peratus persiapan telah dilakukan untuk memastikan Duyufurrahman (tetamu Allah) selesa dan kebajikan sentiasa terjaga sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu. - Foto Bernama
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.